Assessing The Theory of Feminism And The Logistic of LGBT Beliefs In Fiction Texts

Menilai Teori Feminisme Dan Logistik Fahaman LGBT Dalam Sesebuah Teks Karya

  • Mohd Saipuddin Suliman Timbalan Dekan
  • Mimi Suriani Mat Daud Pensyarah
  • Tang Chew Peng Profesor Madya
  • Lim Ying Xuan Pensyarah Kanan
Keywords: Feminism, Western, Archipelago, LGBT, Movement

Abstract

Feminism theory has long been rooted in Western countries. However, this feminism movement has been blatantly outnumbered lately around the Malay Archipelago based on LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender) beliefs. This study reveals in detail one of the beliefs in the LGBT group which is lesbian. There are four objectives in this study. Firstly, it aims to identify the logistical concepts of LGBT beliefs based on the theory of feminism. Secondly, to identify the impact of LGBT's literary texts toward readers. Next, this study is to investigate the view of the LGBT movement in Malaysia on the basis of the Buddhist perspectives, and lastly to propose a regulatory plan in order to address LGBT problems. The research methodology employed in this study were qualitative approaches, namely interviews with a academic experts related to religious, social sciences and humanities. In addition, close reading technique based on the texts that raised the feminism, feminity and femaleness elements were also used to obtain detailed and accurate information. The results of this study has been instrumental in providing awareness to the public concerning the persuasive movement of feminism in text writing that supports LGBT understanding. These elements should be taken seriously to ensure this understanding does not affect the readers’ minds, especially the adolescents in relation to the psychosexual inversion of the LGBT novelists.

 

Abstrak

Teori feminisme sudah sekian lama berakar umbi di negara Barat. Namun begitu, gerakan feminisme ini mula diperjuangkan secara terang-terangan sejak akhir-akhir ini di sekitar Wilayah Nusantara bersandarkan kepada fahaman LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Kajian ini merungkai secara rinci salah satu fahaman dalam kelompok LGBT iaitu lesbian. Terdapat empat objektif dalam kajian ini. Pertama mengenal pasti konsep logistik yang diguna pakai untuk memandu fahaman LGBT berlandaskan teori feminisme. Kedua, mengidentifikasi impak teks karya LGBT terhadap pembaca. Berikutnya mengkaji pandangan tentang gerakan LGBT di negara Malaysia berdasarkan perspektif agama Buddha dan akhir sekali mencadangkan pelan pengawalan untuk mengatasi permasalahan LGBT. Metodologi penyelidikan bagi kajian ini terarah kepada pendekatan kualitatif iaitu temu bual bersama ahli akademik yang pakar dalam lapangan agama, sains sosial dan kemanusiaan. Pengaplikasian teknik bacaan rapi (close reading) berdasarkan teks-teks yang mengangkat unsur feminism, feminity dan femaleness juga diguna pakai bagi mendapatkan maklumat yang terperinci dan tepat. Hasil kajian ini berperanan dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kelicikan gerakan feminisme dalam penulisan teks yang mendukung fahaman LGBT. Perkara ini harus dipandang serius agar fahaman ini tidak mempengaruhi minda pembaca khususnya golongan remaja berhubung penyongsangan psikoseksual (psychosexual inversion) hasil ciptaan novelis LGBT.

Author Biographies

Mohd Saipuddin Suliman, Timbalan Dekan
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Kolej Universiti Selatan
Mimi Suriani Mat Daud, Pensyarah
Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC)
Tang Chew Peng, Profesor Madya
Kolej Universiti Selatan
Lim Ying Xuan, Pensyarah Kanan
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Kolej Universiti Selatan

References

Ahmad, M. I., Haikal Anuar Adnan, Abd Satar, J., Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Wan Azreena, J., Zainal Abidin, J. & Wan Mohd Zain, W. M. S. 2015. Faktor dan Cara Gaya Hidup serta Kemungkinan Kembali Pulih dalam Kalangan Lesbian: Satu Kajian Kes. Journal of Social Sciences and Humanities. 10(1), 01-15.

Eagleton, Terry. 1988. Teori Kesusasteraan: Satu Pengenalan. (terj. Mohammad Haji Salleh), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Gunawan Saleh, Muhammad Arif. 2017. Rekayasa Sosial Dalam Fenomena Save LGBT. Jurnal Komunikasi Global. 6(2), 148-163.

Humm, Maggie. 1989. The Dictionary of Feminist Theory. London: Harvester Wheatshef.

Julie Gedro, Robert C. Mizzi. 2014. Feminist Theory and Queer Theory: Implications for HRD Research and Practice. Advances in Developing Human Resources, 16(4), 445-456.

Noor Hafizah Haridi, Kamal Azmi Abd. Rahman, Rosni Wazir. 2016. Metodologi Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT). Jurnal Pengajian Islam. 9(2), 103-119.

Norsaleha Mohd Salleh, Zakiah Abd. Rahman dan Suriani Sudi. 2015. Wanita dan Cabaran Globalisasi. Putrajaya: Konwanis Consultancy.

Responden. Pusat Pengajian Umum, Kolej Universiti Selatan (KUS). 19 June 2019.

Stephen, M. Rutner, C. John Langley, Jr, 2000. Logistics Value: Definition, Process and Measurement. The International Journal of Logistics Management. 11 (2), 73-82.

Tatacara Lantikan Warden. https://www.scribd.com/doc/158106379/Tatacara-Lantikan-Warden-2013-Lampiran-A (diakses pada 10 Jun 2019).

Weedon, Chris 1987. Feminist Practice and Poststructuralist Theory. London: Blackwell.

Published
2020-03-26
How to Cite
Suliman, M. S., Mat Daud, M. S., Peng, T. C., & Xuan, L. Y. (2020). Assessing The Theory of Feminism And The Logistic of LGBT Beliefs In Fiction Texts. Perdana: International Journal of Academic Research, 7(1), 1-15. Retrieved from http://perdanajournal.com/index.php/perdanajournal/article/view/63